KWSP awasi syarikat penerima pelaburan gagal patuhi ESG

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menyiapkan dasar pengawasan untuk menangani syarikat penerima pelaburan yang gagal mematuhi piawaian tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG), kata Ketua Pegawai Strateginya, Nurhisham Hussein.

“Dalam erti kata lain, ia menangani tahap penglibatan dan tindakan yang KWSP ambil sekiranya seseorang tidak mematuhi dengan piawaian itu dan saya harap kami dapat menyiapkan dasar itu dalam beberapa tahun akan datang.

“Sekurang-kurangnya rakyat akan memahami mengenainya dan saluran yang boleh mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan KWSP dan pelabur-pelabur besar yang lain mengenai isu khusus yang perlu ditangani,” katanya.

Nurhisham berkata demikian ketika Persidangan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) 2022, bertajuk ‘Preserving the Climate through Sustainable Business and Living’ (Memelihara Iklim melalui Perniagaan dan Kehidupan Mampan) secara maya.

Pada Mac lalu, KWSP melancarkan Polisi Pelaburan Lestari KWSP, Dasar Isu Keutamaan dan Dasar Sektor Keutamaan untuk membimbing KWSP dalam membuat keputusan dengan menyepadukan piawaian ESG.

Inisiatif ini sejajar dengan komitmen KWSP terhadap dua hasrat pelaburan mampan menyeluruh yang akan membimbing keseluruhan usaha mencapai kemampanan iaitu bagi mencapai portfolio patuh ESG sepenuhnya menjelang 2030 dan portfolio neutral iklim menjelang 2050, selaras dengan aspirasi negara untuk neutral karbon di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini