STOCK SAHAM.CO

Kadar inflasi tinggi bersifat sementara

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi tinggi ketika ini akan memberikan kesan kredit yang besar, namun bersifat sementara di kebanyakan negara.

Ia berikutan langkah yang diambil oleh bank-bank pusat untuk menurunkan kadar inflasi tahun depan dan penurunan selanjutnya pada 2024 dengan pemulihan trend pertumbuhan ekonomi, kata Moody’s Investors Service dalam satu laporan.

Pengarah Urusan Strategi Kredit Moody’s, Colin Ellis, berkata kadar inflasi yang tinggi adalah di luar kebiasaan.

“Sejak 1990, bank-bank pusat di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan tempat lain telah memainkan peranan penting untuk mengawal inflasi. Kadar inflasi tinggi tahun ini akan menjejaskan gaji sebenar, perbelanjaan dan pertumbuhan.

“Namun, kami masih menjangkakan kadar inflasi akan turun tahun depan, jika tiada kejutan lain,” katanya.

Beliau berkata, sejak awal 1990-an, inflasi di kebanyakan ekonomi utama secara relatifnya kekal rendah, memandangkan negara terbabit membina rangka kerja yang menyasarkan inflasi, kebiasaannya dengan penetapan dasar bank pusat melalui kadar faedah atau pelonggaran kuantitatif.

Walaupun pengalaman setiap negara berbeza, kebanyakan ekonomi maju dan pesat membangun utama sejak itu dapat membendung inflasi, hinggalah sejak baru-baru ini.

“Keberkesanan dasar monetari adalah kunci dalam kalangan pelbagai faktor yang mempengaruhi dinamik inflasi sesebuah negara.

“Analisis dan pemodelan kami menemui bukti bahawa dinamik inflasi di kebanyakan ekonomi Group of 20 (G-20) beralih dengan ketara apabila mereka memulakan sasaran inflasi sejak 30 tahun lalu,” katanya.

Tidak termasuk AS, negara Kesatuan Eropah (EU) dan China, ekonomi G-20 berikut melaksanakan sasaran inflasi sejak 1990 iaitu Australia (Aaa stabil), Brazil (Ba2 stabil), Kanada (Aaa stabil), India (Baa3 stabil), Indonesia (Baa2 stabil), Jepun (A1 stabil), Korea Selatan (Aa2 stabil), Mexico (Baa1 negatif), Russia, Afrika Selatan (Ba2 stabil), Turki (B2 negatif), dan United Kingdom (Aa3 stabil).

Arab Saudi (A1 stabil) mengekalkan tambatan mata wang terhadap dolar.

Argentina (Ca stabil) dengan sasaran inflasi bermula pada 2016 dan berakhir 25 bulan kemudian pada 2018.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini