STOCK SAHAM.CO

Faktor global, domestik cetus kenaikan kos sara hidup

KUALA LUMPUR: Faktor global dan domestik adalah antara punca kepada kenaikan harga barangan sehingga menyebabkan meningkat, ditambah dengan harga minyak mentah dan gas asli yang menjadi lebih mahal di seluruh dunia.

Menurut (BNM) dalam Laporan Tahunan BNM 2021 yang dikeluarkan hari ini, pada peringkat global, pandemik telah menghalang pengeluaran dan pengedaran barangan apabila langkah-langkah pembendungan dikenakan.

Katanya, apabila ekonomi utama dibuka semula pada kadar yang pantas sejak sekitar awal 2021, laporan industri menunjukkan kesukaran yang berpanjangan dihadapi oleh pengeluar global untuk memenuhi permintaan yang meningkat dengan pesat.

“Sebagai contoh, kos pengangkutan yang meningkat sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan kontena. Hal ini telah meningkatkan harga import yang akhirnya menjejaskan beberapa pengeluar dalam negeri.

“Apabila tekanan kos ini berterusan, sesetengah syarikat memindahkan kos yang lebih tinggi ini kepada pelanggan mereka,” kata bank pusat itu.

BNM berkata, selain itu, harga tenaga yang terdiri daripada minyak mentah dan gas asli menjadi lebih mahal di seluruh dunia.

Katanya, kesan langsung kepada Malaysia adalah terkawal disebabkan oleh harga maksimum RON95 dan diesel, namun wujud kesan tidak langsung, contohnya melalui kos baja yang lebih tinggi (hasil sampingan gas asli).

“Tambahan lagi, harga global bijirin makanan seperti kacang soya dan jagung mencapai paras tertinggi berbilang tahun pada tahun 20216. Bagi negara seperti Malaysia yang bergantung pada import barangan sebagai makanan haiwan, hal ini mengakibatkan peningkatan kos untuk pengusaha ternakan, menyebabkan harga ayam dan telur yang lebih tinggi kepada pengguna.

“Di dalam negeri, beberapa pengeluar makanan juga menghadapi kesukaran untuk memenuhi dengan segera permintaan pengguna yang meningkat apabila sekatan ditamatkan.

“Keadaan cuaca buruk menambahkan lagi kesukaran ini, contohnya, mengakibatkan kenaikan harga sayur-sayuran segar pada akhir tahun lalu.

Secara keseluruhan, gabungan semua faktor ini mendorong harga yang lebih tinggi,” katanya.

Laporan BNM itu menambah, meskipun penyelesaian jangka pendek dalam sesetengah keadaan adalah wajar, hal ini tidak akan menghalang isu ini daripada berulang dan boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

“Oleh itu, pembaharuan struktur bagi menangani kedua-dua faktor pendapatan dan kos penting untuk meningkatkan daya tahan isi rumah terhadap kejutan pada masa hadapan.

“Memandangkan isu kos sara hidup terkait dengan pendapatan dan kos, pengurusannya dalam jangka panjang memerlukan tindakan terhadap kedua-dua aspek ini,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular