STOCK SAHAM.CO

Turun indeks daya saing, Malaysia tidak fokus sektor utama – IMD

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengubah pendekatan strateginya dengan memberi tumpuan kepada beberapa sektor ekonomi utama sahaja dan bukannya cuba melakukan semua perkara serentak jika ingin berkembang dan bersaing dengan negara maju lain.

Menegaskan perkara itu Pengarah Pusat Daya Saing Dunia Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD), Arturo Bris berkata, ketika ini pendekatan di gunapakai Malaysia tidak memberi kelebihan kepada negara itu dalam menarik pelaburan asing untuk masuk ke sini.

Katanya, Malaysia ketika ini cuba melaksanakan pelbagai kegiatan ekonomi seperti automotif, minyak sawit, pembuatan, aeroangkasa, transformasi digital, minyak dan gas (O&G) sehingga menyebabkan mereka kekurangan fokus.

“Malaysia cuba untuk melakukan pelbagai perkara jika dibandingkan dengan negara lain seperti dan yang menyebabkan ia tidak fokus dalam struktur pelaburan dan strateginya dalam industri tertentu.

“Malaysia juga dilihat selalu cuba meniru apa yang dilakukan oleh negara lain seperti dan Singapura yang sudah pun hebat dalam sektor ekonomi tertentu.

“Apa yang perlu dilakukan sebenarnya ialah Malaysia hanya perlu memilih dua atau tiga sektor ekonomi dan kemudian laksanakan ia dengan bersungguh-sungguh sehingga benar-benar berjaya,” katanya.

Pertemuan itu turut disertai Dekan IMD Asia Tenggara dan Oceania, Misiek Piskorski.

Malaysia berada di kedudukan ke-32 dalam Rangking Daya Saing Dunia (WCR) Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2022, turun tujuh tangga dari kedudukan ke-25 yang direkodkan pada 2021.

Menurut Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, Thailand (di tangga ke-33 kali ini berbanding ke-28 pada 2021) dan (di ranking ke-44 berbanding di kedudukan ke-37 sebelum ini) turut mengalami penurunan prestasi berikutan pembukaan semula ekonomi yang perlahan pasca-COVID-19 berbanding dengan Kesatuan Eropah (EU) dan (AS).

Rantau Asia juga menyaksikan rangking China turun satu tangga kepada 17 daripada 16, menongkah aliran meningkat kukuh yang dicatatkan negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menunjukkan pemulihan ekonomi yang buruk dijejaskan lagi oleh strategi sifar-COVID.

Sementara itu Piskorski berkata, dari segi daya saing di rantau ini, Malaysia masih terkehadapan jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia dan .

“Malaysia tidak perlu melihat ke belakang dengan membandingkan dirinya dengan Indonesia atau Filipina kerana ia sudah maju ke hadapan sebaliknya cuba jadikan negara seperti Singapura, , dan Taiwan sebagai perbandingan kerana negara ini sudah maju.

“Persoalannya kini ialah bagaimana Malaysia mahu memecah masuk menyertai negara ini? Malaysia boleh cuba mengkaji apa yang dilakukan Korea kerana dari segi saiz dan jumlah penduduknya, tidak jauh berbeza dibandingkan dengan tiga negara lain yang lebih kecil,” katanya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular