STOCK SAHAM.CO

McDonald’s raih pendapatan lebih besar

: McDonald's melaporkan pendapatan bersih AS$1.9 bilion pada suku keempat 2022, meningkat daripada AS$1.64 bilion bilion setahun lalu, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.

Bagaimanapun, jualan bersih gergasi makanan segera (AS) itu jatuh satu peratus kepada AS$5.93 bilion, namun lima peratus lebih tinggi jika tidak mengambil kira pertukaran mata wang asing.

Di AS, jualan di cawangan meningkat 10.3 peratus pada suku berkenaan.

Di seluruh dunia, jualan meningkat sebanyak 12.6 peratus, lapor .

Gergasi makanan segera berpangkalan di Chicago itu merancang untuk membuka 1,900 restoran baharu pada 2023, dengan lebih 400 adalah di AS dan pasaran operasi antarabangsa, manakala selebihnya akan dibuka oleh pemegang lesen pembangunan di seluruh dunia.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular