STOCK SAHAM.CO

Harga makanan dijangka meningkat sehingga 2024

KUALA LUMPUR: Kenaikan harga dan bekalan yang semakin berkurangan akibat perang - berkemungkinan akan berlarutan sehingga 2024, demikian menurut .

Dalam laporan RatingsDirect ‘The Global Food Shock Will Last Years, Not Months', ia berkata bahawa kekurangan baja, kawalan eksport, gangguan perdagangan global serta kos bahan api dan pengangkutan yang meningkat semuanya akan memberi tekanan yang lebih tinggi ke atas kos bahan ruji.

“Analisis kami menunjukkan negara berpendapatan rendah dan rendah hingga sederhana di Asia Tengah, Asia Barat, Afrika dan Caucasus mungkin paling teruk terjejas oleh kesan pusingan pertama,” kata Penganalisis Kredit S&P Global Ratings, Samuel Tilleray.

Laporan itu meneliti negara pengimport terkumpul terbesar berbanding () bagi item bijirin dan minyak bijian yang paling ketara terjejas oleh konflik.

Negara Caucasus seperti Tajikistan, Uzbekistan dan Armenia khususnya terdedah melalui pergantungan mereka yang hampir sepenuhnya kepada Russia untuk komoditi makanan utama itu, sekiranya sekatan atau penyekatan kendiri merumitkan perdagangan.

Begitu juga dengan negara Arab seperti Maghribi, Lubnan, Mesir dan Jordan, yang masing-masing bergantung kepada Ukraine untuk bekalan makanan, oleh itu terdedah kepada gangguan akibat perang terhadap pelabuhan dan aktiviti pemprosesan.

“Kami percaya kejutan terhadap bekalan makanan akan memberi implikasi negatif kepada negara pasaran baharu muncul, menjejaskan pertumbuhan KDNK, prestasi fiskal dan kestabilan sosial,” kata Tilleray.

Potensi kesan terhadap penarafan kredit kerajaan akan bergantung kepada tahap dan terjejasnya kejutan makanan, keupayaan kerajaan untuk meminimumkan kos sosial dan ekonomi dan usaha antarabangsa untuk membantu negara yang terjejas.

“Walaupun kebanyakan kerajaan yang paling terdedah kepada risiko ini sudah mempunyai penarafan kredit yang sangat rendah, kesan negatif ekonomi atau politik akibat kejutan makanan boleh menyumbang kepada penurunan penarafan,” kata Tilleray.

Ukraine dan Russia, kedua-duanya atau secara individu berada dalam kedudukan antara tiga pengeksport global teratas gandum, jagung, biji sesawi, biji bunga matahari dan minyak bunga matahari, yang mana secara bersama, kedua-dua negara itu menyumbang 12 peratus daripada semua kalori makanan yang didagangkan.

Russia dan adalah pengeksport baja pertama dan keenam terbesar di dunia pada 2020.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular