STOCK SAHAM.CO

Ekonomi global semakin teruk, Asia Pasifik turut terkesan

MANILA: pada Rabu menurunkan unjuran pertumbuhan ekonominya bagi rantau Pasifik tahun ini dan 2023 di tengah-tengah kedudukan ekonomi global yang semakin teruk, lapor dpa.

Menurut bank yang berpangkalan di Manila itu, ekonomi rantau itu kini dijangka berkembang 4.2 peratus pada 2022 dan 4.6 peratus pada 2023, masing-masing susut daripada 4.3 peratus dan 4.9 peratus.

Dasar monetari yang diperketat oleh bank pusat di seluruh dunia, pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan penutupan berulang akibat di , memperlahan pemulihannya daripada wabak itu, menurut ADB dalam kemas kini laporan Unjuran Tahunan Pembangunan Asia.

“Asia dan Pasifik akan terus pulih, namun kedudukan global yang semakin teruk menyumbang kepada kemerosotan momentum rantau itu menjelang tahun baharu.

“Kerajaan perlu bekerjasama lebih erat untuk mengatasi cabaran berlarutan Covid-19, menangani kesan harga makanan dan tenaga yang tinggi, terutama dalam kalangan golongan miskin dan mudah terjejas, serta memastikan pemulihan ekonomi yang mampan dan inklusif,” kata Ketua Ekonomi ADB, Albert Park.

Bank itu menurunkan unjuran inflasi di Asia dan Pasifik kepada 4.4 peratus tahun ini daripada 4.5 peratus tetapi menaikkan unjuran untuk tahun depan kepada 4.2 peratus daripada 4 peratus, disebabkan tekanan inflasi yang berlarutan daripada tenaga dan makanan.

China, ekonomi terbesar di rantau ini, kini diunjur berkembang hanya tiga peratus tahun ini, berbanding unjuran sebelumnya sebanyak 3.3 peratus.

Pada 2023, unjuran pertumbuhan ekonomi China diturunkan kepada 4.3 peratus daripada 4.5 peratus.

Unjuran pertumbuhan untuk India, ekonomi kedua terbesar di rantau ini, dikekalkan pada tujuh peratus bagi tahun fiskal ini dan 7.2 peratus pada tahun berikutnya.

Sumber

Anda mungkin berminat

Terkini

Tag Popular