ASEAN sepadukan gerbang pembayaran elak guna dolar AS

Facebook
Twitter
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Lima daripada ekonomi terbesar rantau ini bersedia memeterai perjanjian menjelang November ini untuk penyepaduan sistem rangkaian pembayaran bagi membolehkan orang ramai membolehkan membeli barangan dan perkhidmatan di seluruh rantau ini dengan mengimbas kod QR.

Ini akan memudahkan penghantaran dan urus niaga dilaksanakan secara langsung di antara mata wang masing-masing tanpa menggunakan dolar Amerika Syarikat.

Bloomberg melaporkan Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo pada luar mesyuarat panel Menteri Kewangan Kumpulan 20 di Bali, berkata pembayaran yang dibuat melalui sistem itu akan menggunakan penyelesaian mata wang tempatan antara negara.

Ia bermakna pembayaran yang diurus niaga di Thailand menggunakan aplikasi Indonesia akan ditukar terus antara rupiah dan baht, memintas keperluan untuk dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai pengantara.

Seterusnya, bank pusat akan berusaha menghubungkan rangkaian ini dengan kelompok serantau lain di seluruh dunia, dan membawa struktur yang sama kepada pemindahan bank masa nyata serta mata wang digital bank pusat.

“Ini boleh menjadi satu langkah yang sangat memberi impak yang boleh kita bina ke seluruh dunia,” kata Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, Ravi Menon pada panel yang sama di Bali.

“Ia adalah infrastruktur yang baik untuk awam yang meningkatkan rangkuman kewangan, meningkatkan kecekapan dan mencipta peluang perniagaan baharu untuk semua rakyat,” katanya seperti yang dipetik agensi berita kewangan itu.

Bagaimanapun, ketika ini pautan masih belum lengkap.

Menerusi integrasi sistem itu, Malaysia, Indonesia dan Thailand akan dihubungkan, manakala Singapura diselaraskan dengan Thailand.

Kumpulan berkenaan juga sedang berusaha untuk menambah lebih banyak negara ke dalam sistem berkenaan.

Sumber

Facebook
Twitter
WhatsApp

Anda mungkin berminat

Terkini